Aku tetap aku - [ 14 JAN 2012 ]


Oh hi assalamualaikum . Lama sangat aku dah tak update benda alah ni . Alahai rindunya . So what up and what down ? Are you fine ? Inilah aku .
Hidup aku mula berubah bila abah aku buat keputusan untuk masukkan aku ke Institut Profesional Baitulmal (IPB ) Jujur aku cakap mula-2 aku agak sedih dengan apa yang abah pilih untuk hidup aku . Tapi aku kena teruskan hidup aku macam biasa . Seriusly aku cakap rutin aku berubah sama sekali tak macam dulu . Aku dah mula tinggalkan amalan jahiliah aku . Kerja aku nak seronok je dulu buang masa merayap tah kemana-2 . Tapi sekarang tak lagi . Isnin- Jumaat jadual aku pack gila . Weekend ? Itupun kalua free aku baliklah rumah . Kalau tak terperaplah aku kat sana . Hahaha . So start 16hb Jan ni kelas pun bermula .

Pengalaman kat IPB ? Hari pertama - hari ketiga aku rasa agak terseksa . For the first time aku jauh daripada emak , abah and adik-2 aku . Apatah lagi abang sayang , hahaha . Kawan-2 apatah lagi , before aku pergi tu nasib baik aku dapat spend time dengan Natiqah , Anis & Sharmin . Sedih-2 juga tapi macam aku cakap tadi aku kena juga teruskan hidup aku .

Dan aku pun mula atur langkah hidup baru untuk cari masa depan yang lebih cerah , InsyaAllah :) Alahai , ini baru 1st stage 3bulan je pun . Lepas ni bertahun-2 pula ? Acane ? Hahaha :)

Kat sana semuanya okay . Cuma aku agak kelakar bila aku agak petah bercakap kat sana . Sampaikan ada dua ekor beruk ni dengki sangat dengan aku . Satu lagi perkara yang buat aku geli hati apa tahu ? Kita-orang kat sana hidup dalam group , as usual aku yang petah bercakap ni dilantik adi penolong ketua kumpulan . Konon-2 nya ketua dengan penolong ni sehati sejiwa lah kan ? Hahaha sehati sejiwa sangatlah sangat kan ? Sampaikan ada budak group aku tarik muka dengan ketua ni tak nak cakap . Alih-2 aku dapat tahu sebab dia terus aku taknak tegur dia-orang hahaha tahpapetah . Baru kenal seminggu ada jatuh-2 hati . Apa benda tah dia-orang ni . Semua kawan pada aku . Tak ada beza pun :)

Qaz , thanks for everything :)

Whatever it is I know who I am . I know I can stand up by myself . I don't need your attention . May God bless you my friend TQ :) Kbyeeeeeeeee !