6 April 2013


Assalamualaikum. Pagi lagi aku dah bangun mandi dan bersiap untuk temankan dia pergi ke ujian fizikal review apa tah kat Briged Tengah Cheras. Ktorg ambil masa dalam setengah jam untuk cari tempat tu, mengeluh habis dia tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ktorg jumpa tempat tu dan dia dah lewat setengah jam dpd  masa yang dah ditetapkan. Sayang dapat borang untuk ujian kesihatan pula. Insyaallah kalau tak ada aral melintang bulan 6 dorg akan mulakan latihan. Akhirnya awak dapat peluang yang awak nak selama ni sayang. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan tapi apa yang pasti hati saya akan tetap setia untuk awak. Ini yang awak nak selama ni dan saya pasti awak akan dapat apa yang awak nak. Saya akan tetap berdiri di belakang awak untuk sokong awak. Waktu dalam perjalanan nak balik dpd tempat tu dia cakap macam ni

Him: Macam jadi je sayang.
Me: Jadi apa?
Him: Jadilah untuk awak pasangkan butang-butang kat baju kerja saya.
Me: :')

6 bulan memang bukan masa yang singkat untuk aku. Tapi yang pasti aku akan tunggu dia balik. Sebak.........

Saya sayang awak Qaz :')

Exam is Over

Assalamualaikum, sebenarnya dah lama lepas benda ni tapi aku tak sempat-sempat nak update psl ni. Hehehe sebenarnya aku nak bagitahu yang aku dah habis final exam untuk sem 2 ni. Hihi no more sem 2 okay. Cuti pun kira-kira 9 hari je. Lebih kurang 14 April ni agaknya dah masuk sem 3, cepat tak cepatlah kan. Aku tunggu masa nak habis belajar je ni.
Alhamdulillah ah Allah permudahkan segala-galanya. Apa yang kita dah bertungkus-lumus bersama ada hasil dia. Kita buat kita dapat. Kalau tak buat, memang tak dapatlah. So jangan nak mengeluh.
Apa-apa pun thanks for classmate yang kisah psl study semua ni. Nasib dpt kawan yang cmni kalau tak aku taktahulah macam mana agaknya.
Sayang hmmmm thanks for everything. Thanks sebab temankan saya belajar teman saya punya perangai malam-malam haha thanks for everything sayang. Iloveyou xx

Sehari sebelum final emmm


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hmm misteri tak sangatlah gambar aku tuu tapi entahlah aku cuma nak tunjuk je. Mesteri kan hahaha.Tujuanku kalini bukan untuk menceritakan tentang sesuatu perihal tentang sesuatu atau seseorang. Aku cuma nak menulis agar aku dapat menyatakan tentang isi hati dan perasaan kecilku ini. Hahahahaha . Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku sedang selesa melayari bahtera percintaan. Hahaha Bahtera Percintaan? Pelik sangat bunyinya. Aku cuma emmm macam apa yee selesa dengan dia sekarang. Alhamdulillah dia masih mampu bertahan dengan kerenah budak 19tahun ini. Alhamdulillah. Aku masih sibukkan diriku ini dengan ilmu yang masih belum penuh di dada. Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja. Ahli keluarga semuanya sihat belaka alhamdulillah. Aku cuma perlu memahirkan diri aku sendiri dengan teknik menjahit. Aku cuma mahu belajar Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja. Itu sahaja doakan yang terbaik untuk final aku yang akan mula pada ISNIN(25/03) eeeee takut hihihi Okaylah sampai sini sahaja untuk hari ini. Selamat malam dan assalamualaikum xx