21 MARCH 2012


Assalamualaikum . Post kali ni agak lewat aku update sebab aku terlalu sibuk dengan urusan hidup aku sekarang ini .
Okay macam orang lain especially SPM candidates 2011 mesti update pasal result SPM kita semua kan ? And aku tak terkecuali untuk turut serta walaupun aku agak kelewatan haha . Walaupun result aku tak secantik pelajar-pelajar cemerlang yang lain tapi aku nak berkongsi sikit di sini .

Aku bangun pagi dengan semangatnya . Alih-alih pagi 21 Mac aku mengalami hari perempuanku . Ah spoilt di situ , haih :/ Aku melambat-lambatkan masa , kalau boleh aku nak berhentikan masa . Alah janganlah pukul 10 ni cepat sangat . Sedar tak sedar dah pukul 945 aku pun bergegas pilih baju dan tudung untuk dipakai waktu mengambil result tu nanti . Yunus dah call awal-awal , kata gerak sekali . Okat set . Tunggulah aku depan pagar , okay . Haha . Then dengan rancaknya aku amndi dan bersiap dan bergegas ke sekolah dengan hati yang tak berapa nak tenteram . Minda aku kerap memikirkan apalah result aku dapat ni , haih :/

Sesampainya aku di sekolah . Aku dan Yunus berpecah . Dia ke port lelaki dan aku ke port perempuan . Alangkah meruntunnya jiwa aku bila berjumpa semula kawan-kawan aku yang selama 2 tahun kami bersama dalam Kelas USAHA , haih :')

Pukul 10 pagi , taklimat pun bermula . Lama dah aku tak dengar cikgu-cikgu tu membebel kat atas pentas . Rasa kelakar bila kitorang still di panggil pelajar-pelajar . Haha :)

Tahniah kepada yang cemerlang dan teruskan usaha kepada yang tak berapa nak cemerlang . Korang dah buktikan apa yang korang mampu buat dan janganlah bersedih kerana kegagalan hari ni mampu berubah jadi kejayaan pada masa akan datang .

DAN AKU ? Jeng jeng jeng :D

BAHASA MELAYU A-
BAHASA INGGERIS C+
MATEMATIK B
SEJARAH B
SAINS A+
SAINS TAMBAHAN A-
PENDIDIKAN ISLAM B+
PRINSIP PERAKAUNAN B
MATEMATIK TAMBAHAN G - Spoilt di situuuuuuuu haih :/

Setelah puas berurusan dengan semua pihak yang ada kat sekolah tu aku pun rushing untuk balik . Dalam perjalanan balik hati aku terdetik untuk jumpa kau buat kali terakhir . Dan kita pun berjumpa . Agak berdebar untuk jumpa kau tapi pertemuan empat mata antara kau dengan aku sekarang hanyalah sebagai kawan atau bekas kekasih . Haih . Tahniah kepada kau . Aku doakan kau berjaya macam abah dan mama kau pada masa akan datang . Sempurnakan hidup kau untuk orang yang kau sayang . Okay Hazry :)

Dan aku , berkongsi kejayaan aku bersama emak & abah , Sayang ,adik-beradik ayong , sahabat handai aku , Ibu Sharif dan tidak lupa saudara mara aku :')

Aku dah buktikan apa yang mampu aku buat . Terima kasih kepada emak dan abah yang banyak menyokong ayong selama ini . Kalau tak kerana doa emak siang malam ayong takkan dapat semua ni emak . Syukur Alhamdulillah . Aku harap aku dapat kesempurnaan dalam hidup aku pada masa yang akan datang kelak , InsyaAllah :')

Sekian , Eyqa Nadea XOXO :)