Aku .

Menulis menjadi sebahagian daripada kehidupan aku . Dengan menulis aku dapat meluahkan apa yang aku rasa . Aku punya dairy , beredisi-edisi aku ada . Daripada aku mula darjah 4 aku dah mula menulis . Walaupun karisma ayat tidak sama sekali antara dulu dengan sekarang namun aku dapat rasakan kepuasan daripada apa yang aku tulis . Mungkin orang akan kata menulis apa yang lepas seolah-olah kita memandang ke belakang . Acapkali juga telinga aku terngiang-ngiang ' Don't ever look back XD '. Tapi tahukan anda benda yang lepaslah yang menyebabkan kita berdiri di mana kita berdiri sekarang . Tahukan anda juga , dengan menulis juga kita dapat mengekalkan memori indah suka duka kita bersama keluarga , sahabat handai , kekasih dan orang yang tersayang . Sudah pastinya setiap memori kenangan yang kita abadikan bersama mereka kita mahu kekalkan sebagai memori kita bukan ? Walaupun satu hari mereka pasti pergi . Pergi jauh . Samada kerana kita ditinggalkan atau kita meninggalkan atau kita melepaskan . Ketahuilah anda , aku menulis bukan untuk meraih simpati seandainya aku berduka atau bersedih . Bukan juga untuk menarik perhatian kalian tetapi aku menulis adalah kerana aku mahu berkongsi dengan apa yang aku rasa . Suka duka kehidupan adalah lumrah dunia . Aku menulis adalah kerana menulis menjadi sebahagian daripada aku . Itulah aku . WNN :)

27 March 2012 18:38 pm XOXO :)