2013 sepatutnya lebih baik.

Assalamualaikum.
Tak semua apa yang kita nak apa yang kita impikan selama ini kita akan dapat. Tambah pula apa yang kita dah ada tak semestinya akan bertahan selama mana yang kita nak. Kita rancang Allah yang tentukan. Semestinya keputusan untuk meninggalkan dan ditinggalkan bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat tapi untuk orang yang lebih mementingkan masa hadapan akan menganggap benda tu satu lumrah. Orang yang datang pasti akan pergi. Sama ada mati atau memang dah sampai masa dia tinggalkan kita. Mungkin semua golongan akan menghadapi situasi macam ni sampailah satu tahap yang terbaik datang dan cuba jadi pelengkap dalam hidup.

Aku tak berapa nak bijak menyusun kata-kata tapi kalau bab membantah pendapat orang memang no 1. Tapi bila mana orang minta penjelasan aku tak mampu. Nak ungkap nak huraikan apatah lagi. Tapi bila lama dah terbuku semua tu jadi macam satu beban. Ya Allah sakit dia tuhan je yang tahu waktu tu. Memang tak ada orang dalam dunia ni tak pernah kecewa tapi kenapa majoritinya perempuan yang lebih merasa kesedihan, kesakitan, kekecewaan, bukan sahaja dalam hal dan urusan perhubungan tapi dalam segala hal. Semua orang nak yang terbaik bila terasa mampu mereka nak beri yang terbaik. Tapi untuk dapatkan yang terbaik bukan satu perkara yang mudah.

Bukan semua yang kita rancang akan menjadi sebaik dengan apa yang kita rancang tapi kita mampu berusaha berdoa bertawakal untuk jadi yang terbaik. Tapi bila mana usaha kita lengahkan doa dan tawakal kita lupakan lebih baik berhenti berharap. Jangan sampai kita terlalu terluka, memakan diri sendiri.